Followers

Monday, August 29, 2011

Keputusan dan Ulasan Aksi Big 4 Team EPL Minggu ke-3

Tamatnyer perlawanan Manchester United vs Arsenal bermakna berakhirnyer aksi Epl untuk minggu ke-3 yang menghasilkan beberapa keputusan yang agak mengejutkan.



1.Manchester United vs Arsenal
Keputusan 8-2 dimana kemenangan berpihak kpd Machester United mengejutkan ramai peminat bolasepak.Ini kerana Arsenal merupakan salah satu kelab besar di EPL.Walaubagaimanapun aksi semalam menunjukkan betapa Arsenal sedang berada di ambang kejatuhan setelah pemergian bekas kapten,Cesc Fabregas dan Samir Nasri dari kelab tersebut.Aksi Manchester United pula menunjukkan mereka berada dalam kelas yang tersendiri.(ak mengakui walaupun perit,tp xsabar nk tggu MU vs Liverpool).Arsenal memerlukan tonik keajaiban untuk bangkit kembali.Pemain-pemain mereka juga harus lebih bersikap tenang kerana kad merah yang diterima oleh Carl Jenkinson menyebabkan skuad Arsenal memperoleh 3kad merah dari 3 perlawanan.Pengurus mereka,Arsene Wenger pasti sangat2 tertekan dengan situasi terkini tambahan selepas komen terbaru dari legenda mereka,Paul Merson yang mengatakan bahawa skuad Arsenal kini lebih teruk dari pasukan Liga Dua.
sumber gammbar:http://www.guardian.co.uk




2.Manchester City vs Tottenham Hotspur
4 gol dari Edin Dzeko dan 1 gol dari Sergio Aguero menyebabkan skuad Tottenham Hotspurs kendalian Harry Redknapp harus sedar jurang diantara pasukan mereka dengan skuad City kini semakin besar.Walaupun menurunkan bintang yang ingin berpindah,Luka Modric jelas sekali pasukan Spurs tidak mampu melawan pasukan yang berbelanja besar,City.Aksi gandingan Dzeko-Aguero juga mungkin menyebabkan bekas ketua pasukan City,Carlos Tevez dan penyerang bermasalah,Mario Balotelli perlu menggandakan usaha untuk dimasukkan ke dalam skuad kesebelasan utama.Salah satu pemain yang mencuri tumpuan saya dalam perlawanan ini ialah pemain City yang baru dibawa masuk dari Arsenal iaitu Samir Nasri.3 assist dan kawalan bola yang menarik menjawab dengan tepat kenapa Roberto Mancini benar2 inginkan beliau dalam skuad City.
sumber gambar: http://www.guardian.co.uk


3.Chelsea vs Norwich City
2 gol lewat permainan dari Frank Lampard dan Juan Mata membolehkan Chelsea mendapat 3 mata penuh.Walaubagaimanapun,aksi Chelsea belum cukup meyakinkan untuk mencabar kejuaaraan EPL.Mungkin pengurus baru mereka,Avras Villas Boas masih mencari2 gandingan terbaik dalam serangan mereka.Aksi pemain baru mereka,Juan Mata sedikit mencuri tumpuan.Gol pertama untuk Chelsea dalam debut yang pertama mungkin lebih meyakinkan AVB untuk meletakkan beliau dalam kesebelasan utama selepas ini.Pada perlawanan ini juga,penyerang sensasi Chelsea Didier Drogba terpaksa dikejarkan ke hospital setelah berlaga dengan penjaga gol Norwich City,John Ruddy.



4.Liverpool vs Bolton

Aksi memberansangkan pemain-pemain Bolton pada minggu 1 dan 2 EPL membuatkan pemain-pemain Liverpool berwaspada ketika menentang skuad tersebut pada minggu ke-3.Walaubagaimanapun,jelas sekali Bolton bukan tandingan Liverpool pada perlawanan tersebut setelah tumpas 1-3 di tangan skuad yang bergelar The Reds.Pada perlawanan ini juga menyaksikan jaringan pertama dari Charlie Adam dan Jordan Henderson untuk Liverpool di Anfield pada perlawanan kompetitif.Pemain yang menjadi buruan Liverpool,Sebastian Coates(pemain muda terbaik Copa America dari Uruguay) juga dilihat berada di Anfield untuk menyaksikan perlawanan tersebut.Pada perlawanan ini ,dapat dilihat kenapa skuad kendalian King Kenny Dalglish tidak harus dipandang remeh sebagai pencabar kejuaraan EPL pada musim ini kerana aksi memukau yang dipamerkan oleh pemain2 mereka.


buat duit dengan hanya share link pada twitter dan facebook atau laman sosial yang lain. RM0.20 - RM1.00 setiap klik .join sekarang!http://www.churpchurp.com/ismaqi/share/churpchurp-invite/?utm_source=tweet_btn&utm_medium=sharing









2 comments:

Unknown said...

Aksi Manchester United pula menunjukkan mereka berada dalam kelas yang tersendiri.(ak mengakui walaupun perit,

:)

ismaqi said...

hahaha...chetttttttttttt..
xyahla nk bangga.LOL.